Kelas pjj penghasilan rempah 20 jenis
Assalamualaikum semua😉
Semoga Allah berikan kita kesihatan yang baik serta terpelihara dari convic 19 ni.
Kelas pjj ni sheena buat khas untuk anda yang ingin mempelajari tentang rempah.
Rempah ni sheena dah buat dari tahin 2016 sehinggalah sekarang. Sebelum ni sheena bekerja tetapi disebabkan kontrak tamat. sheena sukar nak cari pekerjaan kerana umur sheena msa tu dah 40 lebih tahun.
Kenapa rempah🤔🤔🤔mesti ramaiyang tertanya tanya🤓.
Sebelum sheena buat apa apa keputusan sheena tanya suami sheena apa sheena nak buat, dah lah susah nak cari kerja. Suami sheena kata sheena kan minat memasak buatlah sesuatu yang berasaskan masakan.
Malam itu lepas solat tahajud Allah buka pintu hati sheena berniaga rempah. Sebenarnya rempah basah ni mak sheena jual dari sheenq kecil lagi sebab tu sheena tahu serba serbi tentang rempah sebab sheena tolong mak seawal umur 11 tahun
.
Pada masa tu sheena ketepikan rasa malu, buang semua ego yalah kan selama ni shrena bekerja makan gaji tapi bila buat bisnes, allahu bukan mudah kalau tanpa ilmu yang betul.
Jatuh bangun dengan modal tak betul, Allah saja tempat saya berserah. Bukan mudah untuk buat sesuatu. Asalnya sheena buat pes sahaja tapi sheena lengkapkan diri sheena dengan ilmu. Alhamdulillah sheena ada pelbagai jenis rempah bukan sahaja pes tapi juga serbuk.
Pada awal penglibatan sheena dulu, semasa sheena mohon lesen syarikat sheena berdoa kepada Allah yang pada satu saat nanti seperti mana sheena pernah rasa peritnya dengan pelbagai masalah yang sheena hadapi masa itu bukan hanya kewangan tapi banyak benda lain sheena niat kan pada Allah pada satu saat nanti saya akan bantu orang lain supaya mereka sama sama berkongdi rezeki😪
Orang tua tua pernah berkata bukan senang untuk senang kan, sheena usaha dari bawah jatuh bangun sakit semua sheena dah lalui, sheena bersyukur Allah tunjuk siapa kawan siapa lawan, siapa yang akan berada betsama kita bila kita menghadapai kesusahan.
Apa yang sheena kongsikan hanya sebagai proses of learning. Hidup kita ni ibarat roda sekejap kita diatas sekejap kita diatas.. Pengajaran demi pengajaran sheena dapat. Sheena tak mintak orang kenal sheena cukuplah sheena dapat bantu orang supaya mereka pun berjaya..
Alhamdulillah sheena dapat membantu ramai usahawan, walaupun sheena tak dikenali hanya duduk di belakang takbir. Ada yang mempelajari ilmu rempah ada yang membuat brand sendiri. Sheena bersyukur pada Allah.
Anda boleh singgah di page fb sheena Ratu rempah untuk mengetahui perjalanan rempah sheena
Boleh singgah ke instragram inana spice dan twitter inana spices.
Bagi sheena cukup Allah atas segala galanya. Sheena berpegang pada satu setiap. Apa yang berlaku adalah kerana Allah masih sayang pada kita.
Jom sertai kelas pjj sheena peluang masih terbuka

